Tuesday 12 May 2015

Aku bini si photographer

Assalamualaikum ~~~

Begini cerita aku....

Lima tahun lepas aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baru berjinak-jinak dengan dunia photographer. Beliau sangat ZERO pasal dunia photography ni. Berbekalkan kamera 1000D Canon, beliau mula menerokai dunia photographer. Masa mula-mula kawin tu tak ada rasa "lonely" sangat bila beliau keluar malam-malam pergi belajar pasal "camera" sebab aku pun masih final year dekat UITM.

Tahun demi tahun kepandaian beliau dalam dunia photography kian berkembang. Tanpa sedar telah bertahun-tahun juga beliau sering keluar malam menimba ilmu. Bayangkan dalam seminggu sampai aku pun x ingat berapa hari beliau ada kat rumah waktu malam. Kalau hujung minggu jangan kiralah sebab memang tak pernah ada kat rumah. So cuti-cuti dengan famili on weekend memang jarang sangat. Nak buat macamana orang kawin on weekend. Takkan aku suruh orang kawin tengah-tengah minggu pula kan. Hihihi

Masa anak seorang aku chill lagi selalu kena tinggal seorang-seorang waktu malam. Sampai anak dah tiga pun sama juga aku selalu kena tinggal malam-malam juga. Aku ingatkan aku dah tak boleh chill tapi alhamdulillah aku chill je bila kena duduk rumah jaga anak-anak. Kadang-kadang ada juga suara-suara sumbang yang cuba mengusik otak aku yang kadang kala nakal ni. Maklumlah bini kan. Bini mana yang tahan kalau laki selalu balik malam-malam, selalu keluar dengan kawan-kawan, selalu pegi melepak. Tapi tak semua bini macam tu, aku bini lain dari yang lain. Hahahaha....aku bukan bini 'cliche'. Lagipun aku tahu beliau keluar malam-malam bukan untuk suka-suka tapi berborak sambil menimba ilmu dunia camera sebab itu cara beliau 'belajar' sejak 5 tahun yang lalu. Dan aku nampak hasil pembelajaran itu.

Kadang-kadang aku ada dengar juga bini komplen laki selalu lepak malam (ni untuk bini2 photographer), aku senyum je bila dengar. Pada aku mungkin cerita kita berbeza. Mungkin perasaan kita berbeza. Mungkin cara kita berbeza. Tapi sesekali cuba perhatikan 'hasil' suami anda. Pandang dengan mata hati dan rasa cinta. Aku pasti korang akan dapat jawapan. Kalau tak dapat jawapan...macam aku cakap tadi mungkin kita berbeza.

Bila ada orang tanya macamana aku boleh hadapi semua ini, satu jawapan aku "aku memang lain dari yang lain sebab aku suka menjadi lain dari orang lain".



Sunday 1 April 2012

It's Our 2nd Year of Marriage...

"Happy 2nd Anniversary to my lovely HUBBY"....

Sedar tak sedar dah genap 2 tahun aku bergelar isteri kepad suami tercinta, Abdul Wafi Bin Abu. Masih segar lagi lapaz akad 2 tahun yang lalu.Rasa macam baru semalam aku bergelar isteri.Hehehehe...perasan la pulak kan, padahal anak dah masuk setahun.Selama 2 tahun ni juga la aku banyak belajar tentang erti kehidupan dalam rumahtangga yang sebenar.Orang cakap bercinta lain, dah kawin lain, masa bercinta semuanya manis tp dah kawin tak semuanya manis.Itu kata orang kan, apa kata aku?X semua macam 2, dah kawin lagi la semuanya manis.Terpulang pada diri kita sendiri untuk mencorakkan kebahagian rumahtangga kita mcmana..Memanglah kadang-kadang ada gak gaduh2 kan. Biasa la tu rencah rumahtangga.Lagi banyak rencah kan lagi sedap.Lagi bahagialah rumahtangga kita.Tapi yang paling penting sekali, kita sebagai isteri kena sentiasa memohon pada yg Esa supaya rumahtangga kita kekal bahagia.tak payah lak jaja cerita rumahtangga kita kan.Kang meluat lak orang nak dengar.Kalau kita bahagia, biarlah kebahagian itu orang lain yang nampak sendiri.

K la...aku tulis panjang-panjang ni pn buka ada orang nak baca pun kan..Love you so much, b....


Wednesday 25 January 2012

Rencah Hati

Dah beristeri tp masih berteman rapat dengan perempuan lain?Apa perasaan para isteri kalo diajukan tentang persoalan ini?Mesti ramai para isteri yang memberi jawapan dengan emosional.Maklumlah isu yg blh menguris hati dan perasaan.Pasti ramai yang pernah mengalaminya.

"Kejujuran"....mudahkan nak sebut perkataan tu. Tapi berapa ramai suami yang akan berlaku jujur dengan isterinya bila si suami da berbuat salah di belakang isteri. Mungkin dalam sepuluh hanya seorang atau dua orang yang berani mengaku.

"Kepercayaan".....Inilah yang para isteri bekalkan kepada sang suami. Mungkin ada yang percaya hanya 70% kt suami. Pendapat mereka "jangan percaya 100% kt suami nanti merana"...sebab tu la para suami harus mengengam erat kepercayaan yang sang isteri berikan. Jangan sia-siakan kepercayaan itu sebab sekali kepercayaan dinodai akan hancur la kepercayaan itu menjadi debu2 kecil dan ianya amat sukar dibentuk kembali menjadi pasir.

"Cinta"....Cintailah Allah dengan sepenuh hati sebelum mencintai manusia..kerana Cinta Kepada Allah tidak akan mengecewakan anda.

Thursday 19 January 2012

Kenapa Aku Nak Jadi Company Seretary?

Company Secretary atau Setiausaha Syarikat?Mesti ramai yg tak tau apa peranan sebenarnya post ni kn..Mesti ramai yang anggap ni sama macam secretary..."hello, i x bancuh kopi for my boss k"....ni aku nk bgtau uolls la yg kurang faham apa peranan company secretary ni. Penat tau asyik org anggap secretary je. Sakit hati pn ada gak. I'm not secretary...x attend secretary week pn k...Ha, ni maksud company secretary.... 


"Company Secretary is a senior position in a private company or public organisation, normally in the form of a managerial position or above. In the United States it is known as a corporate secretary".


Kalo uolls nk tau, company secretary ni la yg bagi advise bila uolls nk buka company. Dah la...kalo uolls nk tau lg uolls pegi la minta tolong dgn Pak Cik Google cari peranan dan tugas-tugas Company Secretary ni k.


K la, ni aku nak cerita ni kenapa aku nk jadi Company Secretary???Sebab dulu aku belajar pasal Secretarial...hahahahha....lawak la kalo 2 alasan aku kn. Aku nk sgt jadi Company Secretary ni sebab aku mmg suka kerja yang memerlukan penelitian  dan memeningkan kepala ni. Best kot dpt tundukkan Datuk or Tan Seri untuk ikut advise kita. Yelah kalo x nk ikut Company byk kena Kompoun kn haru tu...Sia-sia je nk bagi duit kt SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Lagipun, kt Malaysia ni x ramai Company Secretary yang berbangsa Melayu. Eh, aku lupa lak yg aku bukan Melayu. So correction ek...x ramai Company Secretary yang berbangsa Dusun Kadazan. Ha...ni la sebab utama kenapa aku nk jadi Company Secretary. Sebab dalam race aku x ramai lg yg pegang post ni.


Dah2...2 je aku nk cerita. Aku malas nk tulis panjang2 sebab aku letih nk taip panjang2..Next time aku cerita lagi ek..